Friday, December 31, 2010

Hai O Patuh Syariah

Semakin lama semakin banyak spekulasi yang cuba dibuat oleh orang ramai atas status Halal Syarikat Hai-O…dan makin lama spekulasi ini makin menjadi sampai tak masuk akal…ramai orang yang membuat spekulasi berdasarkan atas andaian yang dibuat oleh pertimbangan sendiri. Link dibawah ini menceritakan segalanya…

Ni cerita tahun 2007

Print screen seperti dibawah.

http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/567-perbincangan-hukum-uptrend-a-hai-o.html

isu_zaharuddin_vs_haio_01

"Maaf, saya tiada info tentang Hai-o samada plan mahupun produknya, cuma apa yang saya tahu, syarikatnya memang besar dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur dan syarikat ini bukanlah syarikat patuh syariah…………”

- Zaharuddin tahun 2007

Zaharuddin tidak langsung mengatakan yang syarikat ini haram atau sebagainya dan beliau pun pernah berkata yang beliau tiada info langsung mengenai syarikat Hai-O…beliau hanya memberi andaian sahaja, tetapi timbul spekulasi yang bukan2 dari orang ramai tentang perkara ini…ada sehingga berforum lagi and macam2 lagi…

Oleh yang demikian, kami sebahagian dari pengusaha2 hai o marketing tanpa membezakan kumpulan manapun mengambil inisiatif kami sendiri menghubungi Security Comission berkenaan dengan hal ini…dan akhirnya inilah bukti yang kami dapati..

TERKINI as at 31 Mei 2010.

http://www.sc.com.my/eng/html/icm/sas/sc_syariahcompliant_100531.pdf

isu_zaharuddin_vs_haio_02


Satu dokumen penuh mengenai semua senarai syarikat yang patuh syariah termasuk terma-terma syarat untuk diklasifikasikan dalam patuh syariah, semuanya ada di nyatakan di sini…

dan bukti yang paling kukuh yang kami dapati, antara beribu-ribu syarikat MLM di Malaysia ini, hanya Syarikat Hai-o sahaja mendapat pegiktirafan sebagai SYARIKAT YANG PATUH SYARIAH….

DAN

Majlis Syariah sangat mengambil berat tentang ini kerana 99.9% usahawan ialah tergolong dalam umat Islam…

DAN

Syarikat Hai-O Marketing ialah satu-satunya syarikat di Malaysia yang mendapat sijil

“PERNIAGAAN PALING BERETIKA”

OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI….

DAN

Sesungguhnya sebagai orang Islam, kita semua amat mengambil berat tentang ini seperti anda semua juga kerana kita ingin mencari rezeki halal dan barkah dan yang di redhai Allah S.W.T….

Jadi, fikir-fikirkanlah….

P/s: Pada semua yang bekerja di syarikat2 MNC atau syarikat yang disenaraikan dalam BSKL tak kirala papan pertama ,kedua ,ketiga dan tak kirela syarikat itu dari malaysia or dari luar negara…tak kirela syarikat tu besar seperti oil and gas or syarikat kecik pun….u all dh yakin syarikat tempat u all bekerja tu ialah syarikat patuh syariah??????

Sila periksa dengan Security Commision.

DAN…

Hanya Majlis Fatwa sahaja yang boleh menentukan mengenai isu halal atau haram ini…

Oleh yang demikian janganlah membuat andaian dan spekulasi yang bukan2 lagi selepas ini.

Petikan dari : http://salhazain.com/blog/?tag=syarikat-hai-o-haram



Sunday, November 21, 2010

Konsep Kerja Secara Berpasukan - Asas Kumpulan 369 (Bergerak Bersama Kumpulan)

Dalam dunia pengurusan moden dan korporat, 80 peratus syarikat yang tersenarai di Fortune 500 menggunakan konsep kerja berpasukan. Antaranya ialah Toyota, General Electric dan FedEx.

Bagaimana kita dapat menerangkan populariti kerja berpasukan ini?

Kajian-kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan.

Memahami dan mengenal pasti ciri-ciri kerja berpasukan boleh membantu pengukuhan organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Terdapat empat ciri utama kerja berpasukan iaitu:

1) Usaha kolektif

-Ahli dalam organisasi mesti memahami dan berkongsi pandangan tentang hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.
-Menyedari peranan dan fungsi masing-masing boleh memberi motivasi kepada ahli untuk mengambil bahagian dalam setiap peranangan dan tindakan yang telah diputuskan.
-Bekerja bersama-sama boleh dicapai jika usaha kolektif dijadikan sebagai prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan seumber dapat digembleng ke arah pencapaian matlamat yang satu.

2) Positif

-Setiap anggota organisasi harus melihat kerja berpasukan sebagai peluang bagi pencapaian matlamat, memenuhi keperluan hidup dan menyediakan sokongan sosial ketika berlaku krisis.
-Melihat dari perspektif positif dapat mewujudkan kejelekitan sesama ahli kumpulan seterusnya kuasa sinergi yang menggerakkan organisasi ke arah prestasi yang maksimum.
-Kesepaduan di antara peranan ahli dan prestasi akan menggalakkan idea yang lebih kreatif dan mengurangkan jurang perbezaan pendapat.

3) Kerjasama

-Tidak semua anggota organisasi benar-benar mamahami peranan yang diamanahkan kepada mereka. Ini kerana terdapat di antaranya yang lebih suka bekerja bersendirian.
-Cabaran besar organisasi bagi menarik perhatian anggotanya ialah mendedahkan peluang yang bakal dinikmati jika bergerak secara berkumpulan.
Di peringkat awal, komunikasi yang lebih kerap sesama ahli dapat meningkatkan 'espirit de corp' untuk mereka saling kenal-mengenal seterusnya memahami aspirasi organisasi.

4) Saling lengkap-melengkapi

-Setiap anggota ada peranan masing-masing mengikut kepakaran.
-Pengkayaan ilmu dan peningkatan prestasi akan lebih terserlah jika setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing.
-Proses lengkap-melengkapi di dalam organisasi akan mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih besar.


Bagaimana kerja berpasukan dapat diaplikasi?

Kerja berpasukan melibatkan anggota-anggota organisasi yang bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama. Organisasi pelajar di universiti adalah salah satu kelompok yang terurus dan sentiasa diberi bimbingan. Kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dalam setiap program boleh membantu mereka menjayakannya pula dalam organisasi sebenar yang lebih mencabar, dinamik dan kompetetif.

Memahami organisasi dan bagaimana ia beroperasi adalah syarat asas kepada kecemerlangan kerja berpasukan. Setiap organisasi yang dibentuk, sama ada kecil ataupun besar mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai. Elemen-elemen seperti penetapan matlamat, struktur, peranan dan penggunaan sumber yang cekap mesti difikirkan oleh anggota-anggota di dalam organisasi supaya setiap perancangan yang telah dipersetujui dapat dijayakan.

Model organisasi yang diguna pakai semasa di universiti boleh diserap ke dalam organisasi sebenar kerana kaedah operasinya tidak jauh berbeza. Kebanyakan organisasi moden hari ini menekankan pendakatan demokratik iaitu memberi ruang yang luas kepada komunikasi dua hala dan membuat keputusan bersama.

Pengalaman terlibat dalam kegiatan kurikulum sebenarnya banyak membantu para pelajar merasai sendiri betapa pentingnya kerja berpasukan. Justeru, mereka yang terdedah dengan kegiatan ini dilihat berpotensi besar untuk menjadi anggota organisasi yang cemerlang dan maju kehadapan kelak.

Bagi memudahkan organisasi pelajar di universiti menggunakan kemahiran mereka dalam organisasi sebenar, perkara yang mesti dikenal pasti ialah menentukan jenis-jenis kerja berpasukan yang ada dan biasa dipraktikkan.

Terdapat empat bentuk kerja berpasukan iaitu kumpulan pasukan pemandu, kumpulan penyelesaian masalah, kumpulan pengurusan kendiri dan kumpulan silang fungsi.

1) Kumpulan Pasukan Pemandu

-Tujuan kumpulan ini adalah untuk melaksanakan usaha penambahbaikan atau menyelesaikan masalah khusus yang wujud di dalam organisasi.
-Isu-isu penting seperti agihan kuasa, membuat keputusan, kepimpinan dan interaksi tidak menjadi masalah besar kerana ianya jelas dan mudah.

2) Kumpulan Penyelesaian Masalah

-Anggota dalam kumpulan ini berkongsi idea atau cadangan untuk meningkatkan proses kerja mereka.
-Gerak kerja setiap ahli kumpulan sangat fokus kerana tema perbincangan berkisar kepada kaedah meningkatkan kualiti, menambah kecekapan dan menceriakan suasana persekitaran kerja.
-Saiz anggota kumpulan di antara 8 hingga 10 orang dan mereka bertemu untuk membentangkan semua idea yang dikenal pasti seterusnya bergerak ke arah pencapaian matlamat organisasi.

3) Kumpulan Pengurusan Kendiri

-Hampir 70 peratus syarikat dalam Fortune 1000 mengguna pakai jenis pasukan kerja ini.
-Kaedah pelaksanaannya adalah tanpa ketua tetapi setiap anggotanya bertanggungjawab menyelesaikan tugas khusus yang diamanahkan.
-Kumpulan ini diberi kebebasan bergerak, memilih anggota sendiri dan masing-masing boleh menilai prestasi kerja tanpa ada halangan.

4) Kumpulan Silang Fungsi

-Kumpulan ini dianggotai oleh mereka yang berada dalam hirarki yang sama tetapi berbeza dalam bidang kepakaran atau kemahiran. Semua ahli dikumpulkan untuk menyelesaikan tugas khusus.
-Kelebihan kumpulan silang fungsi ialah pertukaran maklumat berlaku dengan cepat, menjana idea-idea baru, menyelesaikan masalah dan memberi ruang kepada penyelarasan tugas-tugas yang mencabar.
-Bagi setiap anggota kumpulan, cabaran utama ialah memberi kepercayaan dan kesediaan untuk berkongsi kepakaran.
-Kumpulan jenis ini banyak diguna pakai dalam industri automatif.

Teras kerja berpasukan dan dunia organisasi

Memahami perubahan ke atas organisasi menjadikan setiap elemen yang membentuk organisasi menjadi semakin penting. Sebagai contoh, Haji Samuri terkenal dengan Sate Kajang. Melalui proses transformasi yang dilalui dalam penghasilan produk dan kerja, jenama Sate Kajang sudah sebati dengan Haji Samuri.


Kejayaan beliau dikaitkan dengan pengurusan operasi iaitu kaedah yang diguna pakai untuk mereka bentuk, mewujudkan operasi dan kawalan ke atas sumber untuk diberikan kepada pelanggan.

Proses transformasi yang dimaksudkan ialah satu proses di mana organisasi mencipta nilai-nilai yang terdapat pada input dan ditukarkan kepada output (hasil).

Organisasi hari ini berkembang daripada sebuah entiti yang kecil kepada konglomerat yang besar dan kompleks. Bagi mempastikan organisasi ini terus berkembang dan kompetetif, budaya kerja adalah teras kepada kejayaan kerja berpasukan ini.


Syarikat-syarikat multinasional dari Jepun, Korea dan Jerman sentiasa menerapkan budaya kerja yang positif. Budaya kerja 5S umpamanya, telah menjadi satu kemestian dalam organisasi seluruh dunia dan tidak lagi hanya diamalkan di Jepun.

Bagi istilah yang lebih menarik, budaya kerja ini disebut sebagai budaya korporat yang melambangkan identiti dan hala tuju organisasi. Budaya korporat Matsushita Electric ialah:

-Berkhidmat kepada negara melalui industri
-Keadilan
-Harmoni dan kerjasama
-Perjuangan ke arah kebaikan
-Bersopan dan berperikemanusiaan
-Penyesuaian dan penyerapan, bersyukur

Asas kepada kejayaan kerja berpasukan ialah organisasi harus mempunyai budaya kerja masing-masing supaya kepercayaan, nilai dan norma yang dikongsi oleh semua anggota kumpulan dapat memacu kejayaan yang lebih cemerlang.

Budaya korporat yang difahami dan dikongsi bersama juga berfungsi sebagai pendorong anggota organisasi untuk menghapuskan sifat-sifat negatif seperti malas bekerja, tidak peka dan reaktif. Secara tidak langsung, anggota organisasi yang enggan memajukan diri, bermuka-muka, lembab dan tidak tidak berkesan akan diketepikan.

Budaya kerja mempunyai kesan ke atas prestasi organisasi yang benar-benar ingin merealisasikan matlamat penubuhannya. Antara kesan tersebut ialah:

-Budaya kerja mempengaruhi struktur operasi dan produktiviti. Memberi penekanan kepada nilai-nilai yang diingini dalam organisasi dapat merangsang anggota pekerja untuk menyerlahkan potensi diri mereka.
-Membantu mewujudkan matlamat pensosiolan di kalangan anggota pasukan seperti kerjasama, jujur dan komunikasi terbuka.
-Kepercayaan organisasi dan iltizam moral menentukan bentuk dan moral organisasi.


Produktiviti yang tinggi adalah satu contoh pencapaian yang cemerlang setelah penyerapan budaya kerja yang terurus dan terancang dilakukan. Kepercayaan terhadap nilai-nilai yang disepakati dapat menyuburkan kesedaran berganda kepada setiap anggota bagi mencapai matlamat bersama.

Isu dan cabaran kerja berpasukan

Kerja berpasukan tidak secara automatik meningkatkan produktiviti atau prestasi kerja. Jadi, apakah yang menjadi isu dan cabaran bagi membentuk kerja berpasukan yang berkesan?

Pakar pengurusan, Peter F. Drucker pernah menyifatkan trend berpasukan ini semakin menurun kerana kerja secara pasukan menjurus kepada kekecewaan. Maksudnya ialah kerja berpasukan ada kalanya tidak perlu kerana bagi sesetengah keadaan, keputusan yang diambil oleh seorang lebih baik dan berkesan.

Pandangan seperti ini boleh mempengaruhi ramai orang kerana kesannya ke atas keberkesanan kerja berpasukan. Bagaimanapun banyak kajian yang mengaitkan kerja berpasukan menjadikan prestasi kerja lebih baik sekali gus menolak anggapan Drucker sebelum itu.

Membentuk sebuah pasukan kerja yang benar-benar mantap adalah cabaran paling besar bagi kewujudannya. Terdapat sembilan cabaran besar yang menjadi halangan kepada setiap anggota organisasi untuk merealisasikan kejayaan mereka.


Cabaran utama dalam kerja berpasukan ialah memberi kefahaman kepada anggota organisasi. Ini kerana matlamat yang difahami sahajalah yang mampu menggerakkan seluruh fikiran dan tenaga pasukan bagi menjayakannya. Ia juga menyemai komitmen yang bersepadu dan sanggup berkorban.

Individu yang cekap atau mempunyai tahap kompetensi yang relevan dengan tugas dapat menyumbang kepada kerja berpasukan yang lebih cemerlang.

Mewujudkan kepercayaan yang dikongsi bersama adalah umpama berhadapan dengan duri-duri di atas jalan. Kesusahan, kesakitan dan turun naik semangat kerja diukur dengan tahap integriti, watak dan bentuk komunikasi di antara satu sama lain. Komunikasi yang berkesan boleh memberi panduan kepada anggota organisasi bagi mengurangkan salah faham, merangsang kejelekitan dan cepat bertindak balas apabila berhadapan dengan sebarang masalah.


Kepimpinan berkesan amat diperlukan oleh organisasi khususnya ketika menghadapi situasi sukar. Pemimpin mengembalikan seluruh operasi organisasi pada landasan yang betul, memberi harapan kepada ahli, meningkatkan keyakinan diri setiap orang dan meniup semangat merealisasikan potensi diri. Kepimpinan berkesan bukan hanya menunjukkan arah atau mengawal sebaliknya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing.

Cabaran terakhir kerja berpasukan ialah mewujudkan suasana kondusif yang membantu perkembangan organisasi. Ia termasuk menyediakan latihan, insentif, penghargaan dan sumber-sumber yang merangsang pencapaian prestasi kerja.

Rumusan

Kejayaan organisasi tidak lagi dikaitkan secara langsung dengan prestasi individu. Malahan kejayaan demikian dilihat sebagai fungsi sempurna sebagai sebuah organisasi atau sebuah pasukan. Bagi menyerlahkan prestasi ini, setiap anggota mesti berupaya berkomunikasi secara terbuka dan jujur di antara satu sama lain, berani menghadapi konflik dan bersedia menerima perbezaan pendapat.

Kerja berpasukan yang mantap seringkali dibayangi oleh individu yang mempunyai pencapaian luar biasa. Jawatan presiden atau setiausaha tidak lebih daripada pembimbing atau pemudah cara kerana dalam organisasi, setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Mereka bekerja, berfikir dan bertindak kerana yakin kerja berpasukan dapat menyelesaikan banyak masalah.

Rujukan

Jaafar Muhamad. 1997. Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications. Edisi kedua.

McShane, S.L dan Von Glinow, M.A. 2003. Organizational Behavior. New York: Mcgraw-Hill Companies, Inc. Second edition.

Robbins, S.P dan Decenzo, D.A. 2004. Fundamentals of management: essential consepts and applications. New Jersey: Pearson Prentice Hall. Fourth edition.

Robiah K. Hamzah. 1995. Remaja dan Kepimpinan Persatuan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber asal: http://zahirzainudin.blogspot.com/2008/04/kerja-berpasukan.html

Tuesday, October 12, 2010

PETUA @ TIPS KEJAYAAN

KATA-KATA HIKMAT PROF. HAMKA

Rebutlah peluang itu sebelum ia pergi.


TIPS KEJAYAAN DR. FADZILAH KAMSAH : 'JANGAN BUAT ALASAN'





KEBEBASAN KEWANGAN - KETAHUI RAHSIANYA



Robert Toru Kiyosaki (born April 8, 1947) is an American investor, businessman, self-help author and motivational speaker. Kiyosaki is best known for his Rich Dad Poor Dad series of motivational books and other material published under the Rich Dad brand. He has written 15 books which have combined sales of over 26 million copies.[1] Although beginning as a self-publisher, he was subsequently published by Warner Books, a division of Hachette Book Group USA, currently his new books appear under the Rich Dad Press imprint. Three of his books, Rich Dad Poor Dad, Rich Dad's CASHFLOW Quadrant, and Rich Dad's Guide to Investing, have been on the top 10 best-seller lists simultaneously on The Wall Street Journal, USA Today and the New York Times. Rich Kid Smart Kid was published in 2001, with the intent to help parents teach their children financial concepts. He has created three "Cashflow" board and software games for adults and children and has a series of "Rich Dad" audio cassettes and disks.

A large part of Kiyosaki's teachings focus on generating passive income by means of investment opportunities, such as real estate and businesses, with the ultimate goal of being able to support oneself by such investments alone. In tandem with this, Kiyosaki defines "assets" as things that generate cash inflow, such as rental properties or businesses—and "liabilities" as things that use cash, such as houses, cars, and so on. Kiyosaki also argues that financial leverage is critically important in becoming rich.

Kiyosaki stresses financial literacy as the means to obtaining wealth. He says that life skills are often best learned through experience and that there are important lessons not taught in school. He says that formal education is primarily for those seeking to be employees or self-employed individuals, and that this is an "Industrial Age idea." And according to Kiyosaki, in order to obtain financial freedom, one must be either a business owner or an investor, generating passive income.

Kiyosaki often refers to "The Cashflow Quadrant," a conceptual tool which he developed to categorize the four major ways income is earned. Depicted in a diagram, this concept entails four groupings, split with two lines (one vertical and one horizontal). In each of the four groups there is a letter representing a way in which an individual may earn income. The letters are as follows.

* E: Employee — Working for someone else.
* S: Self-employed or Small business owner — Where a person owns his own job and is his own
boss.
* B: Business owner — A person owns a business to make money; typically where the owner's
physical presence is not required.
* I: Investor — Investing money in order to receive a larger payout in the future.

Sunday, October 10, 2010

SEMINAR USAHAWANAN JUTAWAN 1 MALAYSIA (BBK 369) - GRAND KAMPAR HOTEL 3 OKTOBER 2010

Bismillah,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Di sini beberapa gambar Seminar Usahawan Jutawan yang telah berjaya dijalankan pada 3 Oktober 2010 di Hotel Grand Kampar. Seminar tersebut berjaya membawa hadirin sehinggakan penuh bilik seminar dihadiri hadirin samada dari usahawan Hai-O dan usahawan-usahawan baru yang mula hendak berjinak di dalam Hai-O.

Seminar pada hari itu banyak menampilkan usahawan-usahawan Hai-O yang telah berjaya seperti CDM Ashikin, CDM Rosidi, CDM Aziz dan ramai lagi. Mereka banyak berkongsi pengalaman bagaimana mereka boleh berjaya di dalam perniagaan Hai-O. Pengalaman sebegini sememangnya sukar diperolehi dimana-mana.

Pada hari itu juga pelbagai demonstrasi produk-produk Hai-O. Antaranya penapis air Bio-Aura. Demonstrasi itu telah dpersembahkan oleh pegawai pemasaran Hai-O sendiri yang sanggup meluangkan masa beliau menerangkan kelebihan-kelebihan produk Hai-O yang sememangnya hebat dan telah mendapat pengiktirafan dunia !.

Friday, October 8, 2010

KEHEBATAN 369

Petikan Dari Company Profile:

Hai-O Enterprise Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1975
Hai-O Marketing Sdn Bhd ( anak syarikat ) ditubuhkan pada September 1992
Hai-O Enterprise Berhad telah disenaraikan di Papan Kedua pada tahun 1996 / Papan utama pada 8 Oktober 2007 di Bursa Malaysia
Hai-O merupakan syarikat pengeluar produk kesihatan tradisional yang pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia
Hai-O telah dianugerahkan status ‘SuperBrand’ oleh Majlis SuperBrand Malaysia untuk tahun 2003/2004
Ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia sejak 1994
Mempunyai 500,000 pengedar dan lebih 50 stokis di seluruh Malaysia
Telah melahirkan seramai 181 CDM / Usahawan Jutawan sehingga November 2008 dan angka terkini adalah seramai 304 orang CDM sehinga Oktober 2009. Daripada jumlah ini, 175 CDM daripada kumpulan 369.
Kehebatan Hai-O Marketing diiktiraf dalam rancangan Business Malaysia RTM 1 Pada 24 Disember 2008 jam 5:30 Petang Secara langsung.

Fakta: '...seramai 304 orang CDM sehinga Oktober 2009. Daripada jumlah ini, 175 CDM daripada kumpulan 369.'

Anda sekarang telah berada di dalam kumpulan yang telah berjaya menghasilkan banyak jutawan Melayu. Maksudnya anda telahpun berada di landasan yang betul. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengikut langkah yang mereka lakukan sebelum ini. Maksud lebih mudah ialah 'TIRU' sahaja mereka...

Thursday, October 7, 2010

VIDEO - VIDEO

VIDEO-VIDEO MOTIVASI









VIDEO PRODUK HEBAT HAI O MARKETING

Kelebihan Air Bio Aura Serta Soalan & Jawapan

Apakah kelebihan air Bio Aura?

* Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
* Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
* Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
* Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.


9 Keberkesanan Teknologi Nano dalam penapis Air Bio Aura

1- Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat

2- Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan

3- Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien

4- Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dannutrien untuk keperluan kesihatan tubuh

5- Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum

6- Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum

7- Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah danmemperkuatkan sistem imunisasi badan

8- Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid

9- Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit sertakesegaran makanan


Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?
Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda.


Adakah penting untuk mengekalkan unsurunsur mineral?
Mineral (seperti kalsium, magnesium, selenium dan sebagainya) adalah salah satu unsur penting dalam badan manusia. Sebagai contoh, magnesium yang larut dalam air berperanan penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit jantung. Kenyataan ini telah diakui oleh saintis. Oleh itu, kita harus memperoleh magnesium daripada makanan dan minuman seharian.


Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?
Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan, penyelenggaraan tambahan adalah tidak diperlukan. Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki.


Mengapa kita perlu meminum air yang beralkali?
Susuk badan yang bersifat neutral atau beralkali adalah paling baik untuk sel-sel, kerana dapat membantu dalam metabolisme badan, menyingkirkan bahan yang belum dihadam dan toksin, meringankan beban organ-organ dalaman dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Sebaliknya, susuk badan yang bersifat asid membebankan ginjal dan hati, mudah berlakunya penyakit tamadun serta berasa letih, tidak sabar, gemuk, tertekan, tidak cukup tidur dan mengalami penuaan sebelum usia.


Bagaimana saya mencuci penapis seramik?
Tanggalkan penapis mengikut diagram di dalam manual pengguna. Gunakan berus gigi (lembut) untuk menggosok dan kemudiannya pasang semula kedalam katrij. Ringkas dan mudah sekali!

KEHEBATAN BIO AURA 1



KEHEBATAN BIO AURA 2



KEHEBATAN AIR BIO AURA UJIAN PH



KEHEBATAN_AIR_BIO_AURA_-_UJIAN_KLORIN



KEHEBATAN_AIR_BIO_AURA_-_CIRI-CIRI_AIR_ZAM_ZAM

Wednesday, October 6, 2010

Gambar-gambar Koleksi Evolusi 369 Kampar. Watch it out !

Bakal CDM Cikgu Ridzuan ! Leader hebat team Evolusi 369 Kampar.











Gambar kenangan di Kellie's Castle...
Dari kiri Cikgu Sofwan (Che Mat), Cikgu Wan RJ, Cikgu Zairol ADUN dan Saudara Jefrizal TNB.









Antara rakan-rakan kongsi hebat team Evolusi 369 Kampar. Semuanya masih muda-muda belaka.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan Biasa Seorang Warga Malaysia ?

Kehidupan Biasa Seorang Warga Malaysia ?